pelan pelan

jangan pandang aku sekarang. sebab aku tengah jalan terhuyung hayang. macam orang mabok. aku tak mahu orang lihat aku mabok. burok ! jadi sekarang aku belajar berjalan semula. pelan pelan. so nanti aku dapat jalan stabil balik. seperti kau kau orang normal. sebab banyak benda dalam kepala otak aku masa ni. banyak benda aku mahu buat. banyak benda aku mahu dapatkan. itu ini itu ini. dan semua bukan senang macam kacang mak enon. untuk itu, semua aku dah rancang satu satu. pelan pelan. tak boleh main sergah. nanti terkejut. dan sekarang aku berserah pada di-Atas. manusia merancang, Allah tentukan. ada bantahan ? tak berani bantah punya lah ! kan ? kan ? ehe.

nanti bila aku dah stabil, kau kau boleh pandang aku semula.